Aku menemani Rasulullah ﷺ pada lapan belas kembara

TEKS BAHASA ARAB

صحبت رسول الله ﷺ ثمانية عشر سفرا، فما رأيته ترك ركعتين إذا زاغت الشمس قبل الظهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menemani Rasulullah ﷺ pada lapan belas kembara. Aku tidak pernah melihat baginda meninggalkan solat dua rakaat apabila tergelincir matahari sebelum zuhur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب – رضي الله عنه -، قال: «صَحِبْتُ رسولَ اللهِ ﷺ ثمانيةَ عَشَرَ سَفَرًا، فما رأيتُه ترك ركعتين إذا زاغتِ الشمسُ قبلَ الظهرِ». [د، ت، هق، «الضعيفة» (1209)].

(Lemah) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA, beliau berkata: "Aku menemani Rasulullah ﷺ pada lapan belas kembara. Aku tidak pernah melihat baginda meninggalkan solat dua rakaat apabila tergelincir matahari sebelum zuhur". [Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmidzi dan al-Bayhaqi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1209].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs