Aku mendengar Sa'd bin Malik menceritakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سمعت سعد بن مالك، وقال له رجل: إن عليا يقع فيك، إنك تخلفت عنه، فقال سعد: والله إنه لرأي رأيته، وأخطأ رأيي، إن عليا أعطي ثلاثا، لأن أكون أعطيت إحداهن أحب إلي من الدنيا وما فيها… قلت: فذكر قصة غدير (خم) مختصرا، وفيه قوله ﷺ: ((اللهم من كنت مولاه، فعلي مولاه، وال من والاه، وعاد من عاداه))، وقصة دعائه له من الرمد، وفتح علي خيبر، ثم قال في الثالثة: وأخرج رسول الله ﷺ عمه العباس وغيره من المسجد. فقال له العباس: تخرجنا ونحن عصبتك وعمومتك، وتسكن عليا؟ فقال: ((ما أنا أخرجتكم وأسكنته، ولكن الله أخرجكم وأسكنه)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mendengar Sa’d bin Malik menceritakan. Seorang lelaki berkata kepadanya: "Sesungguhnya ‘Ali mencelamu. Engkau telah tertinggal daripadanya (melantiknya sebagai pemimpin).” Maka Sa’ad membalas: “Demi Allah, itu kerana satu pendapat yang aku lihat dan ternyata pendapatku salah. Sesungguhnya ‘Ali telah diberi tiga (kelebihan). Kalaulah aku diberi salah satu darinya, itu aku lebih sukai berbanding dunia dan seisinya… Khaithamah berkata: Disebutkan kisah mengenai anak sungai Khom secara ringkas dan pada kisah itu ada sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang aku ialah pemimpinnya, maka ‘Ali ialah pemimpinnya. Lindungilah mereka yang mengangkat ‘Ali, dan musuhilah mereka yang memusuhinya." Juga kisah doa baginda (Rasulullah) untuk ‘Ali yang menghidap sakit mata. ‘Ali telah membuka (menawan) Khaybar. Kemudian Sa’d menyebutkan kelebihan ‘Ali yang ketiga: Rasulullah SAW mengeluarkan pakciknya al-‘Abbas dan yang lain dari masjid. Maka al-‘Abbas bertanya: "Engkau keluarkan kami walhal kami ini darah daging dan pakcik-pakcik engkau serta engkau biarkan sahaja ‘Ali?" Baginda menjawab: "Aku tidak mengeluarkan kalian dan membiarkannya (‘Ali). Tetapi Allah yang mengeluarkan kalian dan membiarkannya (‘Ali)."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1873, hadis nombor 9440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن خيثمة بن عبد الرحمن قال: سمعت سعد بن مالك، وقال له رجل: إن عليا يقع فيك، إنك تخلفت عنه، فقال سعد: والله إنه لرأي رأيته، وأخطأ رأيي، إن عليا أعطي ثلاثا، لأن أكون أعطيت إحداهن أحب إلي من الدنيا وما فيها… قلت: فذكر قصة غدير (خم) مختصرا، وفيه قوله ﷺ: ((اللهم من كنت مولاه، فعلي مولاه، وال من والاه، وعاد من عاداه))، وقصة دعائه له من الرمد، وفتح علي خيبر، ثم قال في الثالثة: وأخرج رسول الله ﷺ عمه العباس وغيره من المسجد. فقال له العباس: تخرجنا ونحن عصبتك وعمومتك، وتسكن عليا؟ فقال: ((ما أنا أخرجتكم وأسكنته، ولكن الله أخرجكم وأسكنه)). [ك، ((الضعيفة)) (4952)]

(Sangat lemah) Daripada Khaithamah bin Abd al-Rahman berkata: Aku mendengar Sa’d bin Malik menceritakan. Seorang lelaki berkata kepadanya: "Sesungguhnya ‘Ali mencelamu. Engkau telah tertinggal daripadanya (melantiknya sebagai pemimpin).” Maka Sa’ad membalas: “Demi Allah, itu kerana satu pendapat yang aku lihat dan ternyata pendapatku salah. Sesungguhnya ‘Ali telah diberi tiga (kelebihan). Kalaulah aku diberi salah satu darinya, itu aku lebih sukai berbanding dunia dan seisinya… Khaithamah berkata: Disebutkan kisah mengenai anak sungai Khom secara ringkas dan pada kisah itu ada sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang aku ialah pemimpinnya, maka ‘Ali ialah pemimpinnya. Lindungilah mereka yang mengangkat ‘Ali, dan musuhilah mereka yang memusuhinya." Juga kisah doa baginda (Rasulullah) untuk ‘Ali yang menghidap sakit mata. ‘Ali telah membuka (menawan) Khaybar. Kemudian Sa’d menyebutkan kelebihan ‘Ali yang ketiga: Rasulullah SAW mengeluarkan pakciknya al-‘Abbas dan yang lain dari masjid. Maka al-‘Abbas bertanya: "Engkau keluarkan kami walhal kami ini darah daging dan pakcik-pakcik engkau serta engkau biarkan sahaja ‘Ali?" Baginda menjawab: "Aku tidak mengeluarkan kalian dan membiarkannya (‘Ali). Tetapi Allah yang mengeluarkan kalian dan membiarkannya (‘Ali)." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4952]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.