Aku mendengar Rasulullah SAW dan didatangkan satu jenazah lelaki untuk disolatkan ke atasnya

TEKS BAHASA ARAB

فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lalu apakah bermanfaat aku solat ke atas jenazah seorang lelaki yang rohnya tertahan di dalam kubur, rohnya tidak naik ke langit. Jika ada seorang yang boleh menjamin hutangnya, aku akan solat ke atasnya dan solatku ini akan memberi manfaaat kepadanya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824, hadis nombor 4234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم -وأتي برجل يصلي عليه – فقال: ((هل على صاحبكم دين؟ )). قالوا: نعم. قال: ((فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)).
[عق، طس، ((الضعيفة)) (6860)]

(Sangat lemah) Daripada Anas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW dan didatangkan satu jenazah lelaki untuk disolatkan lalu baginda bersabda: “Adakah ke atas sahabatmu ini ada hutang?” Mereka berkata: Ya. Nabi SAW bersabda: “Lalu apakah bermanfaat aku solat ke atas jenazah seorang lelaki yang rohnya tertahan di dalam kubur, rohnya tidak naik ke langit. Jika ada seorang yang boleh menjamin hutangnya, aku akan solat ke atasnya dan solatku ini akan memberi manfaaat kepadanya.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa al-Kabir dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6860]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs