Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فما يَنفعُكمْ أن أُصلِّيَ على رجلٍ روحُهُ مرتهنٌ في قبرِه، لا يَصعدُ روحُهُ إلى السماءِ، فلو ضمنَ رجلٌ دَينَهُ، قمتُ فصلَّيتُ عليهِ، فإنَّ صلاتي تنفعُه.
Teks Bahasa Melayu
Lalu apakah bermanfaat aku solat ke atas jenazah seorang lelaki yang rohnya tertahan di dalam kubur, rohnya tidak naik ke langit. Jika ada seorang yang boleh menjamin hutangnya, aku akan solat ke atasnya dan solatku ini akan memberi manfaaat kepadanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824, hadis no. 4234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم -وأتي برجل يصلي عليه - فقال: ((هل على صاحبكم دين؟ )). قالوا: نعم. قال: ((فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)). [عق، طس، ((الضعيفة)) (6860)]
(Sangat lemah) Daripada Anas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW dan didatangkan satu jenazah lelaki untuk disolatkan lalu baginda bersabda: “Adakah ke atas sahabatmu ini ada hutang?” Mereka berkata: Ya. Nabi SAW bersabda: “Lalu apakah bermanfaat aku solat ke atas jenazah seorang lelaki yang rohnya tertahan di dalam kubur, rohnya tidak naik ke langit. Jika ada seorang yang boleh menjamin hutangnya, aku akan solat ke atasnya dan solatku ini akan memberi manfaaat kepadanya.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa al-Kabir dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6860]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman