Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda selepas turunnya surah al-Nisa

TEKS BAHASA ARAB

لا حبس (أي؛ وقف) بعد سورة النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada Hubs (iaitu wakaf) selepas surah al-Nisa’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis nombor 3910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: سمعت رسول الله ﷺ بعدما نزلت سورة النساء، وفرضت فيها الفرائض: «لا حبس (أي؛ وقف) بعد سورة النساء». [الطحاوي، قط، طب، هق، «الضعيفة» (273)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda selepas turunnya surah al-Nisa, dan difardukan padanya perkara-perkara fardu: Tidak ada Hubs (iaitu wakaf) selepas surah al-Nisa’.” [Riwayat al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 273]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs