Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah

TEKS BAHASA ARAB

سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – ينهى عن ‌المزايدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah (jual beli lelongan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis nombor 3175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سفيان بن وهب – رضي الله عنه -، قال: سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – ينهى عن ‌المزايدة. [البزار، ((الضعيفة)) (3981)].

(Lemah)
Daripada Sufyan bin Wahb RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah (jual beli lelongan).
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3981].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs