Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah

Teks Bahasa Arab

سمعت النبي - صلى الله عليه وسلم - ينَهى عنِ المزايدَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah (jual beli lelongan).

Sahabat Perawi

  1. Sufyan bin Wahb RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis no. 3175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سفيان بن وهب - رضي الله عنه -، قال: سمعت النبي - صلى الله عليه وسلم - ينهى عن ‌المزايدة. [البزار، ((الضعيفة)) (3981)].

(Lemah) Daripada Sufyan bin Wahb RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW melarang jual beli al-Muzayadah (jual beli lelongan). [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3981].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.