Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Hiduplah kalian dengan wanita (isteri) kalian

TEKS BAHASA ARAB

تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiduplah kalian dengan wanita (isteri) kalian. Kerana seorang lelaki itu hidup bersama isterinya, jika dia menghendaki nescaya dia boleh merosakkannya, jika dia mahu nescaya dia akan memperbaikkannya, kerana wanita itu tercipta daripada tulang rusuk. Sekiranya dikeraskan tidak lembut, sekiranya diluruskan maka tidak lembut, bergaullah dengan mereka berdasarkan peribadi mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis nombor 4925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن مقدام بن معدي كرب – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله ﷺيقول: تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة))(5545)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada al-Muqadam bin Ma’di Karb RA telah berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Hiduplah kalian dengan wanita (isteri) kalian. Kerana seorang lelaki itu hidup bersama isterinya, jika dia menghendaki nescaya dia boleh merosakkannya, jika dia mahu nescaya dia akan memperbaikkannya, kerana wanita itu tercipta daripada tulang rusuk. Sekiranya dikeraskan tidak lembut, sekiranya diluruskan maka tidak lembut, bergaullah dengan mereka berdasarkan peribadi mereka.
[Riwayat al-Tabrani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5545].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs