Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَيَّشُوا بِنِسَائِكِمْ، فَإِنَّ الرَّجُلَ يَعِيشَ مَعَ امْرَأَتِهِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَإِنْ شَاءَ أَفْسَدَهَا، وَإِنْ شَاءَ أَصْلَحَهَا، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، إِنْ بُلَّ شَهْرَيْنِ لَمْ يَلِنْ، وَإِنْ أُقِيمَ لَمْ يَسْتَقِمْ، فَعَاشِرُوهُنَّ بِأَخْلاقِهِنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Hiduplah kalian dengan wanita (isteri) kalian. Kerana seorang lelaki itu hidup bersama isterinya, jika dia menghendaki nescaya dia boleh merosakkannya, jika dia mahu nescaya dia akan memperbaikkannya, kerana wanita itu tercipta daripada tulang rusuk. Sekiranya dikeraskan tidak lembut, sekiranya diluruskan maka tidak lembut, bergaullah dengan mereka berdasarkan peribadi mereka.
Sahabat Perawi
- al-Muqadam bin Ma’di Karb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis no. 4925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مقدام بن معدي كرب - رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله ﷺيقول: تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن. [الطبراني في مسند الشاميين، الضعيفة(5545)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada al-Muqadam bin Ma’di Karb RA telah berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Hiduplah kalian dengan wanita (isteri) kalian. Kerana seorang lelaki itu hidup bersama isterinya, jika dia menghendaki nescaya dia boleh merosakkannya, jika dia mahu nescaya dia akan memperbaikkannya, kerana wanita itu tercipta daripada tulang rusuk. Sekiranya dikeraskan tidak lembut, sekiranya diluruskan maka tidak lembut, bergaullah dengan mereka berdasarkan peribadi mereka. [Riwayat al-Tabrani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5545].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman