Aku mendengar Nabi Allah SAW berkata pada suatu malam ketika baginda selesai dari solatnya

TEKS BAHASA ARAB

سمعت نبي الله – صلى الله عليه وسلم – يقول ليلة حين فرغ من صلاته (وفي رواية: الركعتين قبل الفجر) يقول: ((اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وتصلح بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي….)) الحديث بطوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mendengar Nabi Allah SAW berkata pada suatu malam ketika baginda selesai dari solatnya (dalam sebuah riwayat: Setelah dua rakaat sebelum Subuh), baginda membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang memberi petunjuk kepada jantung hatiku, menghimpunkan segala urusanku, membetulkan apa yang disembunyikan dariku, memperbaiki amalanku yang tersembunyi, mengangkat amalan zahirku serta membersihkan amalanku…”. Hadis ini panjang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis nombor 1383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: سمعت نبي الله – صلى الله عليه وسلم – يقول ليلة حين فرغ من صلاته (وفي رواية: الركعتين قبل الفجر) يقول: ((اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وتصلح بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي….)) الحديث بطوله. [ت، ابن خزيمة، الحربي في ((غريب الحديث))، عد، حل، ((الضعيفة)) (2916)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Aku mendengar Nabi Allah SAW berkata pada suatu malam ketika baginda selesai dari solatnya (dalam sebuah riwayat: Setelah dua rakaat sebelum Subuh), baginda membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang memberi petunjuk kepada jantung hatiku, menghimpunkan segala urusanku, membetulkan apa yang disembunyikan dariku, memperbaiki amalanku yang tersembunyi, mengangkat amalan zahirku serta membersihkan amalanku…”. Hadis ini panjang.
[Riwayat Sunan al-Tirmizi, Ibn Khuzaymah, al-Harabi dalam Gharib al-Hadith, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2916]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs