Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سمعت نبي الله - صلى الله عليه وسلم - يقول ليلة حين فرغ من صلاته (وفي رواية: الركعتين قبل الفجر) يقول: اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ رحمةً مِن عندِكَ تَهْدي بِها قلبي ، وتَجمعُ بِها أمري ، وتلُمُّ بِها شَعثي ، وتُصلِحُ بِها غائبي ، وترفَعُ بِها شاهِدي ، وتُزَكِّي بِها عمَلي … ) الحديثَ بطولِهِ
Teks Bahasa Melayu
Aku mendengar Nabi Allah SAW berkata pada suatu malam ketika baginda selesai dari solatnya (dalam sebuah riwayat: Setelah dua rakaat sebelum Subuh), baginda membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang memberi petunjuk kepada jantung hatiku, menghimpunkan segala urusanku, membetulkan apa yang disembunyikan dariku, memperbaiki amalanku yang tersembunyi, mengangkat amalan zahirku serta membersihkan amalanku…”. Hadis ini panjang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: سمعت نبي الله - صلى الله عليه وسلم - يقول ليلة حين فرغ من صلاته (وفي رواية: الركعتين قبل الفجر) يقول: ((اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وتصلح بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي....)) الحديث بطوله. [ت، ابن خزيمة، الحربي في ((غريب الحديث))، عد، حل، ((الضعيفة)) (2916)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Aku mendengar Nabi Allah SAW berkata pada suatu malam ketika baginda selesai dari solatnya (dalam sebuah riwayat: Setelah dua rakaat sebelum Subuh), baginda membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang memberi petunjuk kepada jantung hatiku, menghimpunkan segala urusanku, membetulkan apa yang disembunyikan dariku, memperbaiki amalanku yang tersembunyi, mengangkat amalan zahirku serta membersihkan amalanku…”. Hadis ini panjang. [Riwayat Sunan al-Tirmizi, Ibn Khuzaymah, al-Harabi dalam Gharib al-Hadith, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan Abi Nu'aym dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman