Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu

TEKS BAHASA ARAB

أسمع صلاصل، ثم أسكت عند ذلك، فما من مرة يوحى إلي إلا ظننت أن نفسي تفيض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu. Tidak pernah walau sekali ketika diwahyukan kepadaku, melainkan aku mengira nyawaku keluar (mati).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis nombor 2487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: سألت النبي ﷺ فقلت: يا رسول الله! هل تحس بالوحي؟ فقال رسول الله ﷺ: «أسمع صلاصل، ثم أسكت عند ذلك، فما من مرة يوحى إليّ إلا ظننت أن نفسي تفيض». [حم، طب، «الضعيفة» (2778)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Nabi ﷺ dengan soalan: “Wahai Rasulullah, adakah kamu merasai (kedatangan) wahyu?” Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: “Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu. Tidak pernah walau sekali ketika diwahyukan kepadaku, melainkan aku mengira nyawaku keluar (mati)”. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2778].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs