Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu

Teks Bahasa Arab

أسمعُ صلاصلَ، ثمَّ أسكتُ عندَ ذلك، فما منْ مرةٍ يوحَى إليَّ إلَّا ظننتُ أنَّ نفسِي تفيضُ.

Teks Bahasa Melayu

Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu. Tidak pernah walau sekali ketika diwahyukan kepadaku, melainkan aku mengira nyawaku keluar (mati).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis no. 2487.

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما -، قال: سألت النبي ﷺ فقلت: يا رسول الله! هل تحس بالوحي؟ فقال رسول الله ﷺ: «أسمع صلاصل، ثم أسكت عند ذلك، فما من مرة يوحى إليّ إلا ظننت أن نفسي تفيض». [حم، طب، «الضعيفة» (2778)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Nabi ﷺ dengan soalan: “Wahai Rasulullah, adakah kamu merasai (kedatangan) wahyu?” Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: “Aku mendengar bunyi deringan, kemudian aku diam pada ketika itu. Tidak pernah walau sekali ketika diwahyukan kepadaku, melainkan aku mengira nyawaku keluar (mati)”. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2778].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.