TEKS BAHASA ARAB
يقول الله عز وجل: أنا خلقت العباد بعلمي فمن أردت به خيرا منحته خلقا حسنا ومن أردت به شرا منحته خلقا سيئا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dengan ilmu-Ku. Sesiapa yang Aku mahukan kebaikan dengannya, maka Aku akan mengurniakannya dengan akhlak yang baik. Manakala sesiapa yang Aku mahukan keburukan dengannya, maka Aku akan memberikan akhlak yang buruk kepadanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis nombor 836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ : أنا خلقتُ العبادَ بِعِلْمِي فمن أردتُ به خيرًا منحتُه خُلُقًا حسنًا ومن أردتُ به شرًّا منحتُهُ خُلُقًا سيِّئًا.
[الطبراني في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (6769)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman: Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dengan ilmu-Ku. Sesiapa yang Aku mahukan kebaikan dengannya, maka Aku akan mengurniakannya dengan akhlak yang baik. Manakala sesiapa yang Aku mahukan keburukan dengannya, maka Aku akan memberikan akhlak yang buruk kepadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6769]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.