Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dengan ilmu-Ku

Teks Bahasa Arab

يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ: أنا خلقتُ العبادَ بِعِلْمِي فمن أردتُ به خيرًا منحتُه خُلُقًا حسنًا ومن أردتُ به شرًّا منحتُهُ خُلُقًا سيِّئًا.

Teks Bahasa Melayu

Allah berfirman: Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dengan ilmu-Ku. Sesiapa yang Aku mahukan kebaikan dengannya, maka Aku akan mengurniakannya dengan akhlak yang baik. Manakala sesiapa yang Aku mahukan keburukan dengannya, maka Aku akan memberikan akhlak yang buruk kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis no. 836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ : أنا خلقتُ العبادَ بِعِلْمِي فمن أردتُ به خيرًا منحتُه خُلُقًا حسنًا ومن أردتُ به شرًّا منحتُهُ خُلُقًا سيِّئًا. [الطبراني في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (6769)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman: Aku menciptakan hamba-hamba-Ku dengan ilmu-Ku. Sesiapa yang Aku mahukan kebaikan dengannya, maka Aku akan mengurniakannya dengan akhlak yang baik. Manakala sesiapa yang Aku mahukan keburukan dengannya, maka Aku akan memberikan akhlak yang buruk kepadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6769]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.