Aku memohon kepada Tuhanku agar tidak dimasukkan seorang pun dalam kalangan ahli keluargaku ke dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

سألت ربي -عز وجل- أن لا يدخل أحدا من أهل بيتي النار فأعطانيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku memohon kepada Tuhanku agar tidak dimasukkan seorang pun dalam kalangan ahli keluargaku ke dalam neraka lalu Dia memperkenankannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis nombor 8957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سألت ربي -عز وجل- أن لا يدخل أحدا من أهل بيتي النار فأعطانيها)). [ابن بشران، ((الضعيفة)) (322)]

(Palsu)
Daripada ‘Imrān bin Ḥuṣain RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku memohon kepada Tuhanku agar tidak dimasukkan seorang pun dalam kalangan ahli keluargaku ke dalam neraka lalu Dia memperkenankannya.
[Riwayat Ibn Bushrān dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 322]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs