Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku memohon kepada-Mu petunjuk bagi amalan-amalan yang Engkau cintai

Teks Bahasa Arab

اللهمُّ أسألُكَ التوفيقَ لمحابِّكَ من الأعمالِ، وصِدقَ التوكلِ عليكَ، وحُسْنَ الظنِّ بكَ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu petunjuk bagi amalan-amalan yang Engkau cintai, tawakal yang sebenar kepada-Mu dan sangkaan baik terhadap-Mu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis no. 7345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأوزاعي، قال: كان النبي ﷺ يقول: اللهم أسألك التوفيق لمحابك من الأعمال، وصدق التوكل عليك، وحسن الظن بك. [ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (2910)]

(Lemah) Daripada al-Awzā‘ī, beliau berkata: Nabi SAW selalu membaca: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu petunjuk bagi amalan-amalan yang Engkau cintai, tawakal yang sebenar kepada-Mu dan sangkaan baik terhadap-Mu. [Riwayat Ibn Naṣr dalam Qiyām al-Layl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2910]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.