Aku memohon kepada Allah untuk menjadikan perhitungan umatku kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

سألت الله أن يجعل حساب أمتي إلي؛ لئلا تفتضح عند الأمم، فأوحى الله إلي: يا محمد! بل أنا أحاسبهم، فإن كان منهم زلة سترتها عنك لئلا تفتضح عندك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku memohon kepada Allah untuk menjadikan perhitungan umatku ke atasku agar ia tidak terdedah kepada umat-umat terdahulu. Lalu Allah mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Bahkan aku yang akan menghitung mereka. Sekiranya dalam kalangan mereka terdapat kesalahan, aku akan menutupnya untukmu agar ia tidak didedahkan di sisimu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis nombor 8956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سألت الله أن يجعل حساب أمتي إلي؛ لئلا تفتضح عند الأمم، فأوحى الله إلي: يا محمد! بل أنا أحاسبهم، فإن كان منهم زلة سترتها عنك لئلا تفتضح عندك)). [فر، ((الضعيفة)) (330)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku memohon kepada Allah untuk menjadikan perhitungan umatku ke atasku agar ia tidak terdedah kepada umat-umat terdahulu. Lalu Allah mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Bahkan aku yang akan menghitung mereka. Sekiranya dalam kalangan mereka terdapat kesalahan, aku akan menutupnya untukmu agar ia tidak didedahkan di sisimu.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 330]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs