Aku memohon kepada Allah agar Dia mengumpulkan aku dan kamu dalam pasar syurga

TEKS BAHASA ARAB

أسأل الله أن يجمع بيني وبينك في سوق الجنة، فقال سعيد: ‌أفيها ‌سوق؟ قال: نعم، أخبرني رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أهل الجنة إذا دخلوها نزلوا فيها بفضل أعمالهم، ثم يؤذن لهم في مقدار يوم الجمعة من أيام الدنيا، فيزورون ربهم، ويبرز لهم عرشه، ويتبدى لهم في روضة من رياض الجنة، فتوضع لهم منابر من نور ومنابر من لؤلؤ ومنابر من ياقوت ومنابر من زبرجد ومنابر من ذهب ومنابر من فضة، ويجلس أدناهم – وما فيهم من دني – على كثبان المسك والكافور، وما يرون أن أصحاب الكراسي بأفضل منهم … (الحديث بطوله، وفيه:) ثم ننصرف إلى منازلنا، فيتلقانا أزواجنا، فيقلن: مرحبا وأهلا، لقد جئت، وإن بك من الجمال أفضل مما فارقتنا عليه، فيقول: إنا جالسنا اليوم ربنا الجبار، ويحقنا أن ننقلب بمثل ما انقلبنا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku memohon kepada Allah agar Dia mengumpulkan aku dan kamu dalam pasar syurga. Lalu Said berkata: Adakah padanya ada pasar? Dia berkata: Ya. Rasulullah SAW memberitahuku bahawa: “Sesungguhnya ahli syurga jika memasukinya akan berada pada kadar amalan mereka, kemudian mereka diizinkan untuk menziarahi Tuhan mereka pada tempoh hari Jumaat berdasarkan kiraan hari dunia. Lalu dinampakkan kepada mereka Arasy-Nya, dan menampakkan diri-Nya di salah satu taman dari taman-taman syurga. Dijadikan buat mereka menara dari cahaya, mutiara, permata Yaqut, permata Zabarjad, emas dan perak kemudian duduk di bahagian bawah di atas bukit pasir dari Misk dan Kafur, mereka tidak melihat bahawa pemilik-pemilik kerusi lebih baik dari mereka. (Hadis ini panjang, padanya:) kemudian kami beredar ke tempat tinggal kami, lalu kami berjumpa dengan isteri-isteri kami. Mereka berkata: Selamat datang, kamu telah datang dan kamu mempunyai keindahan yang lebih baik dari yang kami lihat semasa berpisah dahulu lalu dia berkata: Kami duduk bersama Tuhan kami al-Jabbar, lalu kami boleh pulang seperti mana yang kami telah pulang sebelum ini."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 652 – 653, hadis nombor 3371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعيد بن المسيب أنه لقي أبا هريرة، فقال أبو هريرة: أسأل الله أن يجمع بيني وبينك في سوق الجنة، فقال سعيد: ‌أفيها ‌سوق؟ قال: نعم، أخبرني رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أهل الجنة إذا دخلوها نزلوا فيها بفضل أعمالهم، ثم يؤذن لهم في مقدار يوم الجمعة من أيام الدنيا، فيزورون ربهم، ويبرز لهم عرشه، ويتبدى لهم في روضة من رياض الجنة، فتوضع لهم منابر من نور ومنابر من لؤلؤ ومنابر من ياقوت ومنابر من زبرجد ومنابر من ذهب ومنابر من فضة، ويجلس أدناهم – وما فيهم من دني – على كثبان المسك والكافور، وما يرون أن أصحاب الكراسي بأفضل منهم … (الحديث بطوله، وفيه:) ثم ننصرف إلى منازلنا، فيتلقانا أزواجنا، فيقلن: مرحبا وأهلا، لقد جئت، وإن بك من الجمال أفضل مما فارقتنا عليه، فيقول: إنا جالسنا اليوم ربنا الجبار، ويحقنا أن ننقلب بمثل ما انقلبنا)). [ت، ه، ابن أبي عاصم في ((السنة))، تمام، ((الضعيفة)) (1722)]

(Lemah) Daripada Said bin al-Musayyib bahawa dia telah berjumpa dengan Abu Hurairah, lalu Abu Hurairah berkata: Aku memohon kepada Allah agar Dia mengumpulkan aku dan kamu dalam pasar syurga. Lalu Said berkata: Adakah padanya ada pasar? Dia berkata: Ya. Rasulullah SAW memberitahuku bahawa: “Sesungguhnya ahli syurga jika memasukinya akan berada pada kadar amalan mereka, kemudian mereka diizinkan untuk menziarahi Tuhan mereka pada tempoh hari Jumaat berdasarkan kiraan hari dunia. Lalu dinampakkan kepada mereka Arasy-Nya, dan menampakkan diri-Nya di salah satu taman dari taman-taman syurga. Dijadikan buat mereka menara dari cahaya, mutiara, permata Yaqut, permata Zabarjad, emas dan perak kemudian duduk di bahagian bawah di atas bukit pasir dari Misk dan Kafur, mereka tidak melihat bahawa pemilik-pemilik kerusi lebih baik dari mereka. (Hadis ini panjang, padanya:) kemudian kami beredar ke tempat tinggal kami, lalu kami berjumpa dengan isteri-isteri kami. Mereka berkata: Selamat datang, kamu telah datang dan kamu mempunyai keindahan yang lebih baik dari yang kami lihat semasa berpisah dahulu lalu dia berkata: Kami duduk bersama Tuhan kami al-Jabbar, lalu kami boleh pulang seperti mana yang kami telah pulang sebelum ini. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1722]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs