Aku meminta dari Tuhanku Azza wa Jalla agar mengampunkan dosa-dosa anak-anak orang Musyrikin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سألت ربي عز وجل أن يتجاوز لي عن أطفال المشركين ، فتجاوز عنهم ، وأدخلهم الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku meminta dari Tuhanku Azza wa Jalla agar mengampunkan dosa-dosa anak-anak orang Musyrikin. Lalu Allah mengampunkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 665, hadis nombor 3430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((سألتُ ربي -عزَّ وجلَّ- أن يتجاوز لي عن أطفال المشركين، فتجاوز عنهم، وأدخلهم الجنة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))،((الضعيفة))(3098)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Aku meminta dari Tuhanku Azza wa Jalla agar mengampunkan dosa-dosa anak-anak orang Musyrikin. Lalu Allah mengampunkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga. [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.