Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سألتُ ربِّي عزَّ وجلَّ أن يتجاوزَ لي عن أطفالِ المشرِكينَ ، فتجاوزَ عنْهم ، وأدخلَهمُ الجنَّة.
Teks Bahasa Melayu
Aku meminta dari Tuhanku Azza wa Jalla agar mengampunkan dosa-dosa anak-anak orang Musyrikin. Lalu Allah mengampunkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 665, hadis no. 3430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((سألتُ ربي -عزَّ وجلَّ- أن يتجاوز لي عن أطفال المشركين، فتجاوز عنهم، وأدخلهم الجنة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))،((الضعيفة))(3098)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Aku meminta dari Tuhanku Azza wa Jalla agar mengampunkan dosa-dosa anak-anak orang Musyrikin. Lalu Allah mengampunkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga. [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3098]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman