Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَا حَرْبٌ لِمَنْ حَارَبَكُمْ، وَسِلْمٌ لِمَنْ سَالَمَكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Aku memerangi orang yang memerangi kamu dan selamatkan orang yang selamatkan kamu ('Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain).
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1375, hadis no. 7002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي وفاطمة والحسن والحسين: أنا حرب لمن حاربكم، وسلم لمن سالمكم. [ت، هـ، حب، ك، ش، طب، طص، ((الضعيفة)) (6028)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada 'Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain: Aku memerangi orang yang memerangi kamu dan selamatkan orang yang selamatkan kamu ('Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain). [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6028]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman