Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku memasuki syurga lalu melihat dua sisi syurga tertulis 3 baris perkataan dengan emas (bukan air emas)

Teks Bahasa Arab

دَخَلْتُ الجنةَ فرَأَيْتُ في عارِضَتَيِ الجنةِ مكتوبًا ثلاثةٌ أَسْطُرٍ بالذهبِ – لا بماءِ الذهبِ - : السَّطْرُ الأولُ : لا إله إلا اللهُ مُحَمَّدٌ رسولُ اللهِ . والسَّطْرُ الثانى : ما قَدَّمْنا وَجَدْنا ، وما أَكَلْنا رَبِحْنا ، وما خَلَّفْنَا خَسِرْنا . والسَّطْرُ الثالثُ : أُمَّةٌ مُذْنِبَةٌ ورَبٌّ غَفُورٌ.

Teks Bahasa Melayu

Aku memasuki syurga lalu melihat dua sisi syurga tertulis tiga baris perkataan dengan emas (bukan air emas). Baris pertama: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Baris kedua: Apa yang telah kami berikan kami temuinya, apa yang telah kami makan kami dapatinya, apa yang telah kami tinggalkan telah kami rugi. Baris ketiga: Umat yang berdosa serta Tuhan yang Maha Mengampun.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664-665, hadis no. 3429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((دَخَلْتُ الجنةَ فرأيتُ في عارِضَتَيِ الجنةِ مكتوباً ثلاثةَ أَسْطُرٍ بالذَّهَبِ -لا بِماءِ الذَّهَبِ-: السطرُ الأولُ: لا إله إلا الله محمد رسول الله. والسطرُ الثاني: ما قَدَّمْنَا وجدْنَا، وما أَكَلْنا رَبِحْنا، وما خَلَّفْنا خَسِرْنا. والسطرُ الثالثُ: أُمَّةٌ مُذْنِبَةٌ ورَبٌٌ غَفُورٌ)). [الرافعي، ((الضعيفة))(3291)]

(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku memasuki syurga lalu melihat dua sisi syurga tertulis tiga baris perkataan dengan emas (bukan air emas). Baris pertama: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Baris kedua: Apa yang telah kami berikan kami temuinya, apa yang telah kami makan kami dapatinya, apa yang telah kami tinggalkan telah kami rugi. Baris ketiga: Umat yang berdosa serta Tuhan yang Maha Mengampun.” [Riwayat al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3291]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.