Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku memasuki syurga, lalu aku mendengar derapan tapak kaki di hadapanku, lalu aku berkata, apakah ini? Lelaki itu berkata: Bilal

Teks Bahasa Arab

دَخَلتُ الجنَّةَ، فسَمِعتُ فيها خَشْفةً بَينَ يَدَيَّ، فقُلتُ: ما هذا؟ قال: بِلالٌ، قال: فَمَضَيتُ، فإذا أَكثرُ أهلِ الجنَّةِ فُقراءُ المُهاجرينَ وذَرارِيُّ المُسلِمينَ، ولَم أرَ أحدًا أقَلَّ مِنَ الأغنياءِ والنِّساءِ، قيلَ لي: أمَّا الأغنياءُ فَهُم هَهنا بالبابِ يُحاسَبونَ ويُمحَّصونَ، وأمَّا النِّساءُ فأَلْهاهُنَّ الأحْمَرانِ: الذَّهبُ والحَريرُ، قال: ثُمَّ خَرَجْنا مِن أحدِ أَبوابِ الجَنَّةِ الثَّمانيَةِ، فلمَّا كُنتُ عندَ البابِ أُتيتُ بِكِفَّةٍ فوُضِعتُ فيها، ووُضِعَتْ أُمَّتي في كِفَّةٍ، فرَجَحْتُ بها، ثمَّ أُتيَ بأبي بَكرٍ رَضي اللهُ عنه، فوُضِع في كِفَّةٍ، وجِيءَ بِجَميعِ أُمَّتي في كِفَّةٍ فوُضِعوا، فرَجحَ أبو بَكرٍ رَضي اللهُ عنهُ، وجيءَ بِعُمرَ فوُضعَ في كِفَّةٍ، وجِيءَ بجَميعِ أُمَّتي فوُضِعوا، فرَجحَ عُمرُ رَضي اللهُ عنهُ، وعُرِضَت أُمَّتي رَجُلًا رَجلًا، فجَعَلوا يَمُرُّون، فاستَبطَأْتُ عبدَ الرَّحمنِ بنَ عَوفٍ، ثُمَّ جاء بَعد الإياسِ، فَقُلتُ: عبدُ الرَّحمنِ؟ فقال: بِأبي وأُمِّي يا رَسولَ اللهِ، والَّذي بَعثكَ بالحقِّ، ما خَلَصتُ إليكَ حتَّى ظَنَنتُ أنِّي لا أَنظُرُ إليكَ أبدًا إلَّا بعدَ المَشيباتِ! قال: وَما ذاك؟ قال: مِن كَثرةِ مالي أُحاسَبُ وأُمحَّصُ.

Teks Bahasa Melayu

Aku memasuki syurga, lalu aku mendengar derapan tapak kaki di hadapanku, lalu aku berkata, apakah ini? Dia berkata: Bilal. Baginda berkata: Lalu aku beredar dan mendapati kebanyakan ahli syurga adalah golongan fakir dari Muhajirin dan anak-anak para muslimin. Aku tidak melihat sesiapapun yang lebih sedikit dari orang-orang kaya dan para wanita. Dikatakan kepadaku: Orang-orang kaya itu berada di sini dihisab dan diselidiki. Adapun para wanita mereka telah dilalaikan dengan dua perkara iaitu emas dan juga sutera. Baginda berkata: Lalu kami keluar dari salah satu pintu syurga daripada 8 pintu syurga. Ketika aku berada di pintu, aku didatangkan dengan timbangan lalu aku diletakkan sebelah timbangan, manakala umatku diletakkan di timbangan yang lain. Lalu timbangan menyebelahiku. Kemudian didatangkan Abu Bakar dan diletakkan di sebelah timbangan, lalu didatangkan keseluruhan umatku pada sebelah timbangan lalu timbangan menyebelahi Abu Bakar. Kemudian didatangkan pula Umar dan diletakkan di sebelah timbangan, dan umat diletakkan di timbangan yang lain, lalu timbangan menyebelahi Umar. Lalu umatku dipersembahkan seorang demi seorang, lalu mereka berjalan. Namun aku lambat mendapati Abdul Rahman bin Auf. Kemudia dia datang selepas kekecewaan dan aku berkata: "Wahai Abdul Rahman", Lalu dia berata: Dengan nama ayahku dan ibuku wahai Rasulullah! Demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran! Aku tidak berjumpa denganmu sehinggakan aku menyangka bahawa aku tidak pagi dapat melihat kamu buat selama-lamanya kecuali setelah berusia! Baginda berkata: "Dan apakah sebabnya itu?" Dia berkata: "Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diselidiki.”

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 626 - 627, hadis no. 3260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((دخلت الجنة؛ فسمعت فيها ‌خشفة ‌بين ‌يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحداً أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلاً رجلاً، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبداً إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص)). [حم، ((الضعيفة)) (5346)].

(Sangat munkar) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku memasuki syurga, lalu aku mendengar derapan tapak kaki di hadapanku, lalu aku berkata, apakah ini? Dia berkata: Bilal. Baginda berkata: Lalu aku beredar dan mendapati kebanyakan ahli syurga adalah golongan fakir dari Muhajirin dan anak-anak para muslimin. Aku tidak melihat sesiapapun yang lebih sedikit dari orang-orang kaya dan para wanita. Dikatakan kepadaku: Orang-orang kaya itu berada di sini dihisab dan diselidiki. Adapun para wanita mereka telah dilalaikan dengan dua perkara iaitu emas dan juga sutera. Baginda berkata: Lalu kami keluar dari salah satu pintu syurga daripada 8 pintu syurga. Ketika aku berada di pintu, aku didatangkan dengan timbangan lalu aku diletakkan sebelah timbangan, manakala umatku diletakkan di timbangan yang lain. Lalu timbangan menyebelahiku. Kemudian didatangkan Abu Bakar dan diletakkan di sebelah timbangan, lalu didatangkan keseluruhan umatku pada sebelah timbangan lalu timbangan menyebelahi Abu Bakar. Kemudian didatangkan pula Umar dan diletakkan di sebelah timbangan, dan umat diletakkan di timbangan yang lain, lalu timbangan menyebelahi Umar. Lalu umatku dipersembahkan seorang demi seorang, lalu mereka berjalan. Namun aku lambat mendapati Abdul Rahman bin Auf. Kemudia dia datang selepas kekecewaan dan aku berkata: "Wahai Abdul Rahman", Lalu dia berata: Dengan nama ayahku dan ibuku wahai Rasulullah! Demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran! Aku tidak berjumpa denganmu sehinggakan aku menyangka bahawa aku tidak pagi dapat melihat kamu buat selama-lamanya kecuali setelah berusia! Baginda berkata: "Dan apakah sebabnya itu?" Dia berkata: "Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diselidiki.” [Riwayat Ahmad Bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5346].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.