TEKS BAHASA ARAB
دخلت الجنة فرأيت جارية أدماء لعساء، فقلت : ما هذه يا جبريل ؟ فقال : إن الله تعالى عرف شهوة جعفر بن أبي طالب للأدم اللعس ؛ فخلق له هذه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku memasuki syurga dan aku melihat seorang hamba perempuan yang hitam. Lalu aku berkata kepada Jibril: Apakah ini wahai Jibril? Dia berkata: Sesungguhnya Allah tahu akan syahwat Jaafar bin Abi Talib terhadap sesuatu yang hitam. Lalu diciptakan untuknya ini.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis nombor 3428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن عباية عن النبي ﷺ قال: ((دخلتُ الجنةَ فرأيتُ جاريةً أدماء لَعْسَاءَ، فقلتُ: ما هذه يا جبريل؟ فقال: إن الله -تعالى-عَرَفَ شهوةَ جعفر بن أبي طالب للأدم اللعْس؛ فخلق له هذه)).[الرافعي، ((الضعيفة))(3272)]
(Palsu) Daripada Abayah daripada Nabi SAW: “Aku memasuki syurga dan aku melihat seorang hamba perempuan yang hitam. Lalu aku berkata kepada Jibril: Apakah ini wahai Jibril? Dia berkata: Sesungguhnya Allah tahu akan syahwat Jaafar bin Abi Talib terhadap sesuatu yang hitam. Lalu diciptakan untuknya ini.” [Riwayat l-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3272]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.