Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دخلتُ الجنةَ فرأيتُ جاريةً أَدماءَ لَعساءَ، فقلتُ : ما هذه يا جبريلُ ؟ فقال : إن اللهَ تعالى عرف شهوةَ جعفرِ بنِ أبي طالبٍ للأُدْمِ اللُّعْسِ ؛ فَخَلق له هذه.
Teks Bahasa Melayu
Aku memasuki syurga dan aku melihat seorang hamba perempuan yang hitam. Lalu aku berkata kepada Jibril: Apakah ini wahai Jibril? Dia berkata: Sesungguhnya Allah tahu akan syahwat Jaafar bin Abi Talib terhadap sesuatu yang hitam. Lalu diciptakan untuknya ini.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis no. 3428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن عباية عن النبي ﷺ قال: ((دخلتُ الجنةَ فرأيتُ جاريةً أدماء لَعْسَاءَ، فقلتُ: ما هذه يا جبريل؟ فقال: إن الله -تعالى-عَرَفَ شهوةَ جعفر بن أبي طالب للأدم اللعْس؛ فخلق له هذه)).[الرافعي، ((الضعيفة))(3272)]
(Palsu) Daripada Abayah daripada Nabi SAW: “Aku memasuki syurga dan aku melihat seorang hamba perempuan yang hitam. Lalu aku berkata kepada Jibril: Apakah ini wahai Jibril? Dia berkata: Sesungguhnya Allah tahu akan syahwat Jaafar bin Abi Talib terhadap sesuatu yang hitam. Lalu diciptakan untuknya ini.” [Riwayat l-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3272]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman