Aku memasuki syurga dan aku melihat ada seekor serigala

TEKS BAHASA ARAB

حديث: دخلت الجنة فرأيت فيها ذئبا. فقلت أذئب في الجنة؟ فقال: إني أكلت ابن شرطي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku memasuki syurga dan aku melihat ada seekor serigala. Aku bertanya: adakah terdapat serigala di dalam syurga? Maka ia berkata: Sesungguhnya aku memakan anak orang yang menangkap orang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Hadith ini palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.