TEKS BAHASA ARAB
إني دخلت الكعبة، ولو استقبلت من أمري ما استدبرت ما دخلتها، إني أخاف أن أكون قد شققت على أمتي [من بعدي].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku memasuki Kaabah, jika aku tahu apa yang akan datang daripada urusanku seperti mana aku tahu masa silam nescaya aku tidak memasukinya, aku takut aku akan membebankan umatku selepas ini.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – خرج من عندها وهو مسرور، ثم رجع إليها وهو كئيب فقال: ((إني دخلت الكعبة، ولو استقبلت من أمري ما استدبرت ما دخلتها، إني أخاف أن أكون قد شققت على أمتي [من بعدي])). [د، ت، هـ، ك، هق، حم، ((الضعيفة)) (3346)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA: Bahawa Nabi SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan gembira, kemudian datang semula kepadanya dalam keadaan sedih dan Baginda bersabda: Aku memasuki Kaabah, jika aku tahu apa yang akan datang daripada urusanku seperti mana aku tahu masa silam nescaya aku tidak memasukinya, aku takut aku akan membebankan umatku selepas ini.
[Riwayat Abu Dāwud dalam Sunannya, al-Tirmiẓī dalam Sunannya, Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3346]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.