Aku memanjat dan aku melihat Muawiyah dan Amru bin al-'As menyanyi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم سمع صوت غناء فقال: انظروا ما هذا؟ قال أبو برزة: فصعدت فنظرت فإذا معاوية وعمرو بن العاص يتغنيان فجئت فأخبرت النبي صلى الله عليه وآله وسلم. فقال: اللهم اركسهما في الفتنة ركسا ودعهما إلى النار دعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW mendengar suara nyanyian lalu baginda bersabda: Lihat apakah itu? Lalu Abu Barzah berkata: Aku memanjat dan aku melihat Muawiyah dan Amru bin al-‘As menyanyi. Lalu aku datang dan memberitahu Nabi SAW. Nabi bersabda: Wahai Allah engkau jerumuskanlah mereka berdua dalam fitnah dan campaklah mereka berdua ke neraka.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 407-408, hadis nombor 158. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو يعلى عن أبي برزة مرفوعا. وقد ذكره ابن الجوزي في موضوعاته. وقال: لا يصح: يزيد بن أبي زياد كان يتلقن. قال في اللآلىء: هذا لا يقتضي الوضع، والحديث أخرجه أحمد في المسند.
قال: حدثنا عبد الله بن محمد حدثنا ابن فضيل، حدثنا يزيد بن أبي زياد عن سليمان بن عمرو بن الأحوص عن أبي برزة فذكره وله شاهد من حديث ابن عباس. ذكره الطبراني في الكبير بنحوه. ورواه من طريق أخرى عنه وذكر فيه أن المتغنيين: معاوية بن رافع، وعمرو بن رفاعة بن التابوت.
قال في اللآلىء: وهذه الرواية أزالت الإشكال. وثبت إن الوهم وقع في الحديث الأول في لفظة واحدة، هي قوله ابن العاص، وإنما هو ابن رفاعة أحد المنافقين. والله أعلم.

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la daripada Abu Barzah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Disebutkan juga oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’atnya. Dia berkata: Tidak sahih. Yazid bin Abi Ziad pernah melakukan talqin.
Dia berkata dalam al-Laali’, ini tidak menjadikan ia palsu. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya.
Dia berkata: Abdullah bin Muhammad melaporkan kepada kami, Ibn Fudhail melaporkan kepada kami, Yazid bin Abi Ziyad melaporkan kepada kami, daripada Sulaiman bin Amru bin al-Ahwas daripada Abu Barzah lalu dia menyebutkannya. Ada riwayat sokongan lain daripada hadith Ibn Abbas. Disebutkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dengan seumpamanya.
Diriwayatkan juga daripada jalur yang lain daripadanya lalu disebutkan bahawa orang yang menyanyi itu adalah Muawiyah bin Rafi’ dan Amru bin Rifa’ah bin al-Tabut.
Dia berkata dalam al-Laali’: Riwayat ini telah menjelaskan kekeliruan. Jelaslah bahawa keraguan yang ada dalam hadith yang pertama pada satu lafaz, iaitu kata-katanya: Ibn al-As. Padahal dia adalah Ibn Rifaah salah seorang munafik. Wallahu’alam.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.