Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ صَوْتَ غِنَاءٍ فَقَالَ: انْظُرُوا مَا هَذَا؟ قَالَ أَبُو بَرْزَةَ: فَصَعِدْتُ فَنَظَرْتُ فَإِذَا مُعَاوِيَةُ وَعَمْرُو بْنُ الْعَاصِ يَتَغَنَّيَانِ، فَجِئْتُ فَأَخْبَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: اللَّهُمَّ ارْكُسْهُمَا فِي الْفِتْنَةِ رَكْسًا وَدُعَّهُمَا إلى النار دعاً.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW mendengar suara nyanyian lalu baginda bersabda: Lihat apakah itu? Lalu Abu Barzah berkata: Aku memanjat dan aku melihat Muawiyah dan Amru bin al-'As menyanyi. Lalu aku datang dan memberitahu Nabi SAW. Nabi bersabda: Wahai Allah engkau jerumuskanlah mereka berdua dalam fitnah dan campaklah mereka berdua ke neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Barzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 407-408, hadis no. 158. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la daripada Abu Barzah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Disebutkan juga oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'atnya. Dia berkata: Tidak sahih. Yazid bin Abi Ziad pernah melakukan talqin. Dia berkata dalam al-Laali’, ini tidak menjadikan ia palsu. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. Dia berkata: Abdullah bin Muhammad melaporkan kepada kami, Ibn Fudhail melaporkan kepada kami, Yazid bin Abi Ziyad melaporkan kepada kami, daripada Sulaiman bin Amru bin al-Ahwas daripada Abu Barzah lalu dia menyebutkannya. Ada riwayat sokongan lain daripada hadith Ibn Abbas. Disebutkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dengan seumpamanya. Diriwayatkan juga daripada jalur yang lain daripadanya lalu disebutkan bahawa orang yang menyanyi itu adalah Muawiyah bin Rafi’ dan Amru bin Rifa'ah bin al-Tabut. Dia berkata dalam al-Laali’: Riwayat ini telah menjelaskan kekeliruan. Jelaslah bahawa keraguan yang ada dalam hadith yang pertama pada satu lafaz, iaitu kata-katanya: Ibn al-As. Padahal dia adalah Ibn Rifaah salah seorang munafik. Wallahu'alam.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman