Aku memandikan Nabi SAW lalu aku minum air daripada dua lubang matanya.Lantas aku mewarisi ilmu generasi yang awal dan yang akhir

TEKS BAHASA ARAB

قول علي: رضي الله عنه: غسلت النبي صلى الله عليه وآله وسلم فشربت ماء محاجر عينيه، فورثت علم الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kata-kata Ali RA: Aku memandikan Nabi SAW lalu aku minum air daripada dua lubang matanya, lalu aku mewarisi ilmu generasi yang awal dan yang akhir.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis nombor 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: ليس بصحيح.

Al-Nawawi berkata: Ia tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs