Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Aku memandikan Nabi SAW lalu aku minum air daripada dua lubang matanya.Lantas aku mewarisi ilmu generasi yang awal dan yang akhir

Teks Bahasa Arab

قَوْلِ عَلِيٍّ: رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: غَسَّلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَشَرِبْتُ مَاءَ مَحَاجِرِ عَيْنَيْهِ، فَوَرِثْتُ عِلْمَ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Kata-kata Ali RA: Aku memandikan Nabi SAW lalu aku minum air daripada dua lubang matanya, lalu aku mewarisi ilmu generasi yang awal dan yang akhir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis no. 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: ليس بصحيح.

Al-Nawawi berkata: Ia tidak sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.