Aku melihatnya di dalam syurga kerana dia mengutip kotoran di masjid

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيتها في الجنة لما كانت تلقط القذى من المسجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihatnya di dalam syurga kerana dia mengutip kotoran di masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1110, hadis nombor 5619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: أن امرأةً كانت تلقط القذى من المسجد فتوفيت فلم يؤذن بدفنها فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا مات منكم ميت فآذنوني وصلى عليها وقال: إني رأيتها في الجنة لما كانت تلقط القذى من المسجد. [طب، الضعيفة (6718)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Ada seorang wanita yang sering mengutip kotoran di masjid. Apabila dia meninggal dunia, Nabi SAW tidak dipanggil untuk mengebumikannya. Oleh kerana itu, Baginda berkata: Jika ada sesiapa yang meninggal dunia, beritahulah kepadaku, dan Baginda menunaikan solat jenazah untuknya. Baginda juga bersabda: Aku melihatnya di dalam syurga kerana dia mengutip kotoran di masjid. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs