Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنِّي رَأَيْتُهَا فِي الْجَنَّةِ لَمَّا كَانَتْ تَلْقِطُ الْقَذَى مِنَ الْمَسْجِدِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihatnya di dalam syurga kerana dia mengutip kotoran di masjid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1110, hadis no. 5619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: أن امرأةً كانت تلقط القذى من المسجد فتوفيت فلم يؤذن بدفنها فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا مات منكم ميت فآذنوني وصلى عليها وقال: إني رأيتها في الجنة لما كانت تلقط القذى من المسجد. [طب، الضعيفة (6718)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Ada seorang wanita yang sering mengutip kotoran di masjid. Apabila dia meninggal dunia, Nabi SAW tidak dipanggil untuk mengebumikannya. Oleh kerana itu, Baginda berkata: Jika ada sesiapa yang meninggal dunia, beritahulah kepaaku, dan Baginda menunaikan solat jenazah untuknya. Baginda juga bersabda: Aku melihatnya di dalam syurga kerana dia mengutip kotoran di masjid. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6718]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman