Aku melihat tulisan di pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي أخو رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat tulisan di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah dan Ali adalah saudara Rasulullah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1908 hadis nombor 9583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي أخو رسول الله.
[عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، القطيعي في ((زوائده على فضائل الصحابة لأحمد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5684)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat tulisan di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah dan Ali adalah saudara Rasulullah.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Qati’i dalam Zawaiduhu ‘Ala Fadha’il al-Sahabah Li Ahmad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5684]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs