Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ على بَابِ الجنةِ مكتوباً: لا إله إلا اللهُ محمدٌ رسولُ الله، عليٌّ أخو رسولِ الله.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat tulisan di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah dan Ali adalah saudara Rasulullah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1908, hadis no. 9583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي أخو رسول الله. [عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، القطيعي في ((زوائده على فضائل الصحابة لأحمد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5684)]
(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat tulisan di pintu syurga tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah dan Ali adalah saudara Rasulullah. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Qati’i dalam Zawaiduhu ‘Ala Fadha’il al-Sahabah Li Ahmad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5684]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman