Aku melihat tuhanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: رأيت ربي في صورة شاب أمرد وعلى رأسه تاج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku melihat tuhanku dalam rupa paras orang remaja. Di atas kepalanya terdapat mahkota.

STATUS

Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 86, hadis nombor 213. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini seperti dalam muqaddimah kitabnya:

قيل لا أصل له أو بأصله موضوع.

Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.