Aku melihat tuhanku di Mina pada hari-hari Nafar

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي بمنى يوم النفر على جمل أورق عليه جبة صوف أمام الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Tuhanku di Mina pada hari-hari Nafar, di atas unta yang berwarna coklat, padanya ada jubah yang berbulu di hadapan manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 102-104, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي اللآلىء عن ابن عباس رفعه رأيت ربي في صورة شاب له وفرة وروي في صورة شاب أمر.
قال ابن صدقة عن أبي زرعة حديث ابن عباس صحيح لا ينكره إلا معتزلي وروي في بعضها بفؤاده.
والحديث إن حمل على رؤية المنام فلا إشكال وإن حمل على اليقظة فأجاب المحقق ابن الهمام بأن هذا حجاب الصورة.

Ia adalah palsu dan tiada asal baginya. Begitu disebutkan juga dalam (kitab) al-Zail.
Dalam kitab al-Laali’ daripada Ibn ‘Abbas hadis marfu’ (dari Nabi): “Aku melihat Tuhanku dalam rupa paras orang remaja yang mempunyai rambut yang panjang.”
Diriwayatkan juga bahawa Allah adalah berupa Amrad (lelaki yang rupanya seakan-akan wanita).
Ibn Sadaqah berkata daripada Abi Zur’ah: Hadis Ibn ‘Abbas itu sahih dan tidak dibantah kecuali golongan Muktazilah. Diriwayatkan pada sebahagiannya dengan lafaz: “(melihat) dengan jiwanya.”
Hadis ini jika ianya adalah mimpi maka tiada masalah. Jika ia bukan mimpi maka Ibn al-Humam berkata ini adalah halangan terhadap gambaran sebenar (Allah).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs