Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَأَيْتُ رَبِّي بِمِنًى يَوْمَ النَّفْرِ عَلَى جَمَلٍ أَوْرَقَ، عَلَيْهِ جُبَّةُ صُوفٍ، أَمَامَ النَّاسِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Tuhanku di Mina pada hari-hari Nafar, di atas unta yang berwarna coklat, padanya ada jubah yang berbulu di hadapan manusia.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 102-104, hadis no. 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia adalah palsu dan tiada asal baginya. Begitu disebutkan juga dalam (kitab) al-Zail. Dalam kitab al-Laali’ daripada Ibn 'Abbas hadis marfu’ (dari Nabi): “Aku melihat Tuhanku dalam rupa paras orang remaja yang mempunyai rambut yang panjang.” Diriwayatkan juga bahawa Allah adalah berupa Amrad (lelaki yang rupanya seakan-akan wanita). Ibn Sadaqah berkata daripada Abi Zur’ah: Hadis Ibn 'Abbas itu sahih dan tidak dibantah kecuali golongan Muktazilah. Diriwayatkan pada sebahagiannya dengan lafaz: “(melihat) dengan jiwanya.” Hadis ini jika ianya adalah mimpi maka tiada masalah. Jika ia bukan mimpi maka Ibn al-Humam berkata ini adalah halangan terhadap gambaran sebenar (Allah).
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman