Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam keadaan sebaik-baik rupa

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي وفي لفظ: رأى ربه تعالى في المنام في أحسن صورة شابا موقرا رجلاه في خف عليه نعلان من ذهب على وجهه فراش من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Tuhanku, dalam riwayat yang lain menyebut : Baginda melihat Tuhan-Nya dalam mimpi dalam keadaan sebaik-baik rupa, iaitu rupa seorang pemuda yang terhormat, kaki-Nya tersarung khuf, memakai capal yang diperbuat daripada emas, dan pada wajah-Nya terdapat hamparan emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis nombor 5525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم طفيل رضي الله عنها أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يذكر أنه رأى ربه وفي لفظ: رأيت ربي في المنام في أحسن الصور شابا موقرا رجلاه في خف عليه نعلان من ذهب على وجهه فراش من ذهب. [خط، الضعيفة (6371)].

(Palsu) Daripada Ummu al-Tufail RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW menyebut bahawa Baginda telah melihat Tuhannya. Dalam riwayat yang lain menyebut : Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam keadaan sebaik-baik rupa, iaitu rupa seorang pemuda yang terhormat, kaki-Nya tersarung khuf, memakai capal yang diperbuat daripada emas, dan pada wajah-Nya terdapat hamparan emas. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6371]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.