Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَأَيْتُ رَبِّي وفي لفظٍ: رَأَى رَبَّهُ تَعَالَى فِي الْمَنَامِ فِي أَحْسَنِ صُورَةٍ شَاباً مُوقَّراً رِجْلَاهُ فِي خُفٍّ عَلَيْهِ نَعْلَانِ مِنْ ذَهَبٍ عَلَى وَجْهِهِ فِرَاشٌ مِنْ ذَهَبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Tuhanku, dalam riwayat yang lain menyebut : Baginda melihat Tuhan-Nya dalam mimpi dalam keadaan sebaik-baik rupa, iaitu rupa seorang pemuda yang terhormat, kaki-Nya tersarung khuf, memakai capal yang diperbuat daripada emas, dan pada wajah-Nya terdapat hamparan emas.
Sahabat Perawi
- Ummu al-Tufail RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis no. 5525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم طفيل رضي الله عنها أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يذكر أنه رأى ربه وفي لفظ: رأيت ربي في المنام في أحسن الصور شابا موقرا رجلاه في خف عليه نعلان من ذهب على وجهه فراش من ذهب. [خط، الضعيفة (6371)].
(Palsu) Daripada Ummu al-Tufail RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW menyebut bahawa Baginda telah melihat Tuhannya. Dalam riwayat yang lain menyebut : Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam keadaan sebaik-baik rupa, iaitu rupa seorang pemuda yang terhormat, kaki-Nya tersarung khuf, memakai capal yang diperbuat daripada emas, dan pada wajah-Nya terdapat hamparan emas. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6371]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman