Aku melihat, tiba-tiba aku berada dalam suatu kaum yang mempunyai bibir seperti bibir unta

TEKS BAHASA ARAB

نظرت؛ فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل، وقد وكل بهم من يأخذ بمشافرهم، ثم يجعل في أفواههم صخرا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل! من هؤلاء؟ قال: هؤلاء {الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat, tiba-tiba aku berada dalam suatu kaum yang mempunyai bibir seperti bibir unta, lalu diwakilkan kepada mereka seseorang untuk mengambil bibir mereka, lalu diletakkan batu daripada neraka lalu tembus dari bawah mereka. Aku berkata: Wahai Jibrail! Siapakah mereka ini? Dia berkata: Mereka ialah {orang yang makan harta anak yatim secara zalim, sesungguhnya mereka menelan api ke dalam perut mereka} [Surah al-Nisā’ ayat 10].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 803, hadis nombor 4141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: حدثنا النبي صلى الله عليه وسلم عن ليلة أسري به، قال: ((نظرت؛ فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل، وقد وكل بهم من يأخذ بمشافرهم، ثم يجعل في أفواههم صخرا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل! من هؤلاء؟ قال: هؤلاء {الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا})). [ابن جرير، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (5459)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Nabi SAW mengkhabarkan kepada kami tentang malam di mana baginda dibawa Israk, baginda bersabda: Aku melihat, tiba-tiba aku berada dalam suatu kaum yang mempunyai bibir seperti bibir unta, lalu diwakilkan kepada mereka seseorang untuk mengambil bibir mereka, lalu diletakkan batu daripada neraka lalu tembus dari bawah mereka. Aku berkata: Wahai Jibrail! Siapakah mereka ini? Dia berkata: Mereka ialah {orang yang makan harta anak yatim secara zalim, sesungguhnya mereka menelan api ke dalam perut mereka} [Surah al-Nisā’ ayat 10]. [Riwayat Ibn Jarīr dan Ibn Abī Ḥātim dalam al-Tafsīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5459]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs