Aku melihat satu lembaran berwarna hijau ketika aku diangkat ke 'Arasy pada malam Isra’

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رأيت ليلة أسري بي في العرش جريدة خضراء، فيها مكتوب بنور أبيض: لا إله إلا الله محمد رسول الله. أبو بكر الصديق، عمر الفاروق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku melihat satu lembaran berwarna hijau ketika aku diangkat ke Arasy pada malam Isra’ . Pada lembaran tersebut ada tulisan dengan cahaya putih: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah, Abu Bakar dan Umar al-Faruq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 339, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي الدرداء مرفوعا، وهو موضوع.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu al-Darda’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs