Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku melihat satu lembaran berwarna hijau ketika aku diangkat ke 'Arasy pada malam Isra’

Teks Bahasa Arab

حديث: رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فِي الْعَرْشِ جَرِيدَةً خَضْرَاءَ، فِيهَا مَكْتُوبٌ بِنُورٍ أَبْيَضَ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ. أَبُو بكر الصديق، عمر الْفَارُوقُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Aku melihat satu lembaran berwarna hijau ketika aku diangkat ke Arasy pada malam Isra’ . Pada lembaran tersebut ada tulisan dengan cahaya putih: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah, Abu Bakar dan Umar al-Faruq.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 339, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي الدرداء مرفوعا، وهو موضوع.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu al-Darda’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia adalah palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.