Aku melihat satu kelompok manusia yang mempunyai bibir menjuih seperti bibir unta

TEKS BAHASA ARAB

نظرت يعني ليلة أسري به فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل وقد وكل بهم من يأخذ بمشارفهم ثم يجعل في أفواههم صخرا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل من هؤلاء؟ قال: {هؤلاء الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW menceritakan kepada kami perihal malam Israk: Aku melihat satu kelompok manusia yang mempunyai bibir menjuih seperti bibir unta. Kemudian bibir mereka ditarik, dan diletakkan batu daripada neraka dalam mulut mereka, lalu batu tersebut turun ke bawah (kerana panas). Aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah orang-orang yang makan harta-harta anak yatim secara zalim. Sebenarnya yang mereka telan ke dalam perut mereka hanyalah api. [Surah al-Nisa’: 10].

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis nombor 5464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: حدثني النبي صلى الله عليه وسلم عن ليلة أسري به، قال: نظرت فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل وقد وكل بهم من يأخذ بمشارفهم ثم يجعل في أفواههم صخرًا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل من هؤلاء؟ قال: هؤلاء الذين يأكلون أموال اليتامى ظلمًا؛ إنما يأكلون في بطونهم نارًا. [ابن جرير، الضعيفة (5459)]

(Terlalu lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau menceritakan: Nabi SAW menceritakan kepada kami perihal malam Israk: Aku melihat satu kelompok manusia yang mempunyai bibir menjuih seperti bibir unta. Kemudian bibir mereka ditarik, dan diletakkan batu daripada neraka dalam mulut mereka, lalu batu tersebut turun ke bawah (kerana panas). Aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah orang-orang yang makan harta-harta anak yatim secara zalim. Sebenarnya yang mereka telan ke dalam perut mereka hanyalah api. [Surah al-Nisa’: 10]. [Riwayat Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5459]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs