Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نظرتُ يعني: ليلةَ أُسْرِيَ به فإذا أنَا بقومٍ لهم مَشافِرُ كمَشافِرِ الإبلِ وقد وُكِّلَ بهم من يأخذُ بمَشارفِهِم ثم يَجعلُ في أفواهِهِم صَخرًا من نارٍ يَخرجُ من أسافِلِهِم. قلتُ: يا جبريلُ مَن هؤلاءِ؟ قال: هؤلاءِ {الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا}.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW menceritakan kepada kami perihal malam Israk: Aku melihat satu kelompok manusia yang mempunyai bibir menjuih seperti bibir unta. Kemudian bibir mereka ditarik, dan diletakkan batu daripada neraka dalam mulut mereka, lalu batu tersebut turun ke bawah (kerana panas). Aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah orang-orang yang makan harta-harta anak yatim secara zalim. Sebenarnya yang mereka telan ke dalam perut mereka hanyalah api. [Surah al-Nisa’: 10].
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis no. 5464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: حدثني النبي صلى الله عليه وسلم عن ليلة أسري به، قال: نظرت فإذا أنا بقوم لهم مشافر كمشافر الإبل وقد وكل بهم من يأخذ بمشارفهم ثم يجعل في أفواههم صخرًا من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل من هؤلاء؟ قال: هؤلاء الذين يأكلون أموال اليتامى ظلمًا؛ إنما يأكلون في بطونهم نارًا. [ابن جرير، الضعيفة (5459)]
(Terlalu lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau menceritakan: Nabi SAW menceritakan kepada kami perihal malam Israk: Aku melihat satu kelompok manusia yang mempunyai bibir menjuih seperti bibir unta. Kemudian bibir mereka ditarik, dan diletakkan batu daripada neraka dalam mulut mereka, lalu batu tersebut turun ke bawah (kerana panas). Aku bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah orang-orang yang makan harta-harta anak yatim secara zalim. Sebenarnya yang mereka telan ke dalam perut mereka hanyalah api. [Surah al-Nisa’: 10]. [Riwayat Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5459]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman