Aku melihat Salim bin Abdullah bin Umar memasuki sebuah lembah, kemudian melontar batu jamrah sebanyak 7 kali

TEKS BAHASA ARAB

كان يرمي الجمرة في هذا المكان، ويقول كلما رمي بحصاة: الله أكبر، الله أكبر، اللهم اجعله حجا مبرورا، وذنبا مغفورا، وعملا مشكورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Nabi SAW pernah melontar batu jamrah di tempat ini, dan berkata setiap kali baginda melemparkan batu: Allahu Akbar, Allahu Akbar. Ya Allah jadikanlah ia haji yang diterima, dosa yang diampunkan dan amalan yang disyukuri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبو أسامة قال: ((رأيت سالم بن عبد الله بن عمر استبطن الوادي، ثم رمى الجمرة ‌بسبع ‌حصيات يكبر مع كل حصاة: الله أكبر، الله أكبر.. فسألته عما صنع فقال: حدثني أبي أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان يرمي الجمرة في هذا المكان، ويقول كلما رمي بحصاة: الله أكبر، الله أكبر، اللهم اجعله حجا مبرورا، وذنبا مغفورا، وعملا مشكورا)). [هق، الخطيب في ((تخليص المتشابه))، ((الضعيفة)) (1107)]

(Lemah)
Daripada Abu Usamah berkata: Aku melihat Salim bin Abdullah bin Umar memasuki sebuah lembah, kemudian melontar batu jamrah sebanyak 7 kali. Bagi setiap batu beliau menyebut: Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lalu aku bertanya kepadanya apakah yang sedang dilakukannya. Dia berkata: Ayahku menyampaikan kepadaku bahawa Nabi SAW pernah melontar batu jamrah di tempat ini, dan berkata setiap kali baginda melemparkan batu: Allahu Akbar, Allahu Akbar. Ya Allah jadikanlah ia haji yang diterima, dosa yang diampunkan dan amalan yang disyukuri.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Khatib dalam Talkhis al-Mutasyabih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1107]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs