Aku melihat rumah-rumah kalian di syurga

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت الليلة منازلكم في الجنة، وقرب منازلكم، ثم أقبل على أبي بكر، فقال: يا أبا بكر! إني لأعرف رجلاً، أعرف اسمه واسم أبيه، واسم أمه، لا يأتي باباً من أبواب الجنة إلا قالوا: مرحباً مرحباً، فقال سلمان: إن هذا لمرتفع شأنه يا رسول الله! قال: فهو أبو بكر بن أبي قحافة، ثم أقبل على عمر، فقال: يا عمر! لقد رأيت في الجنة قصراً من درة بيضاء، شرفه من لؤلؤ أبيض، مشيد بالياقوت، فقلت: لمن هذا؟ فقيل: لفتى من قريش، فظننت أنه لي، فذهبت لأدخله، فقال: يا محمد! هذا لعمر بن الخطاب، فما منعني من دخوله إلا غيرتك يا أبا حفص! فبكى عمر، وقال: بأبي وأمي! أعليك أغار يا رسول الله؟ ثم أقبل على عثمان فقال: يا عثمان! إن لكل نبي رفيقاً في الجنة، وأنت رفيقي في الجنة، ثم أخذ بيد علي فقال: يا علي! أو ما ترضى أن يكون منزلك في الجنة مقابل منزلي؟ ثم أقبل على طلحة والزبير، فقال: يا طلحة! ويا زبير! إن لكل نبي حواري، وأنتما حواريَّ. ثم أقبل على عبد الرحمن بن عوف فقال: لقد بطئ بك عني من بين أصحابي حتى حسبت أن تكون هلكت، وعرقت عرقاً شديداً، فقلت: ما بطأ بك؟ فقلت: يا رسول الله! من كثرة مالي، ما زلت موقوفا محاسباً، أسأل عن مالي من أين اكتسبت؟ وفيما أنفقته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat rumah-rumah kalian di syurga pada malam tadi dan rumah-rumah kamu saling berdekatan. Kemudian Baginda menghadap Abu Bakar. Baginda bersabda: Wahai Abu Bakar, aku mengenali seorang lelaki. Aku kenal namanya dan nama ayahnya. Apabila dia tiba di pintu syurga, orang akan berkata: Selamat datang. Salman berkata: Orang sebegini pasti tinggi kedudukannya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Lelaki itu adalah Abu Bakar Bin Abu Quhafah. Kemudian Baginda menghadap ke Umar. Baginda bersabda: Wahai Umar, sesungguhnya aku melihat istana di syurga yang diperbuat daripada batu putih, tiangnya diperbuat daripada permata putih, ia dihias dengan batu delima. Aku berkata: Istana tersebut untuk siapa? Dikatakan: Untuk pemuda daripada Quraisy. Aku menyangka orang itu adalah aku. Lalu aku pergi untuk masuk ke dalamnya. Lalu Allah berfirman: Wahai Muhammad, istana ini kepunyaan Umar Bin al-Khattab.Tiada yang menghalang aku masuk melainkan sifat cemburu kamu wahai Abu Hafsah. Kemudian Umar menangis. Beliau berkata: Adakah patut aku cemburu kepada kamu? Lalu Baginda menghadap kepada Uthman. Baginda bersabda: Wahai Uthman, setiap Nabi ada teman di syurga dan kamu adalah teman aku di syurga. Kemudian Baginda mengambil tangan Ali. Baginda bersabda: Wahai Ali, adalah kamu mahu tempat kamu di syurga berhdapan dengan tempat aku? Kemudian Baginda menghadap Talhah dan al-Zubair. Baginda bersabda: Wahai Talhah dan al-Zubair. Setiap Nabi ada pembantu dan kalian berdua adalah pembantu aku. Kemudian Baginda menghadap kepada Abd al-Rahman Bin Auf. Baginda bersabda: Kamu lambat masuk berbanding aku dan sahabat sehingga aku menyangka kamu akan binasa dan kamu pula berpeluh dengan banyak. Aku bertanya: Apa yang menyebabkan kamu lambat? Kamu berkata: Wahai Rasulullah, kerana banyaknya harta aku. Aku masih berdiri untuk dihisab. Aku ditanya tentang harta aku daripada mana aku memperolehnya dan untuk apa aku membelanjakannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1954, hadis nombor 9785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكرا و موضوع)
عن عبد الله بن أبي أوفى قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم على أصحابه أجمع ما كانوا، فقال: إني رأيت الليلة منازلكم في الجنة، وقرب منازلكم. ثم أقبل على أبي بكر، فقال: يا أبا بكر! إني لأعرف رجلاً، أعرف اسمه واسم أبيه، واسم أمه، لا يأتي باباً من أبواب الجنة إلا قالوا: مرحباً مرحباً. فقال سلمان: إن هذا لمرتفع شأنه يا رسول الله! قال: فهو أبو بكر بن أبي قحافة. ثم أقبل على عمر، فقال: يا عمر! لقد رأيت في الجنة قصراً من درة بيضاء، شرفه من لؤلؤ أبيض، مشيد بالياقوت، فقلت: لمن هذا؟ فقيل: لفتى من قريش. فظننت أنه لي، فذهبت لأدخله، فقال: يا محمد! هذا لعمر بن الخطاب. فما منعني من دخوله إلا غيرتك يا أبا حفص! فبكى عمر، وقال: بأبي وأمي! أعليك أغار يا رسول الله!؟ ثم أقبل على عثمان فقال: يا عثمان! إن لكل نبي رفيقاً في الجنة، وأنت رفيقي في الجنة. ثم أخذ بيد علي فقال: يا علي! أوما ترضى أن يكون منزلك في الجنة مقابل منزلي؟ ثم أقبل على طلحة والزبير، فقال: يا طلحة! ويا زبير! إن لكل نبي حواري، وأنتما حواريَّ. ثم أقبل على عبد الرحمن بن عوف فقال: لقد بطئ بك عني من بين أصحابي حتى حسبت أن تكون هلكت، وعرقت عرقاً شديداً، فقلت: ما بطأ بك؟ فقلت: يا رسول الله! من كثرة مالي، ما زلت موقوفا محاسباً، أسأل عن مالي من أين اكتسبت وفيما أنفقته.
[البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6592)]

(Munkar dan Palsu)
Daripada Abdullah Bin Abu Aufa, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar bertemu para sahabat. Baginda bersabda: Aku melihat rumah-rumah kalian di syurga pada malam tadi dan rumah-rumah kamu saling berdekatan. Kemudian Baginda menghadap Abu Bakar. Baginda bersabda: Wahai Abu Bakar, aku mengenali seorang lelaki. Aku kenal namanya dan nama ayahnya. Apabila dia tiba di pintu syurga, orang akan berkata: Selamat datang. Salman berkata: Orang sebegini pasti tinggi kedudukannya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Lelaki itu adalah Abu Bakar Bin Abu Quhafah. Kemudian Baginda menghadap ke Umar. Baginda bersabda: Wahai Umar, sesungguhnya aku melihat istana di syurga yang diperbuat daripada batu putih, tiangnya diperbuat daripada permata putih, ia dihias dengan batu delima. Aku berkata: Istana tersebut untuk siapa? Dikatakan: Untuk pemuda daripada Quraisy. Aku menyangka orang itu adalah aku. Lalu aku pergi untuk masuk ke dalamnya. Lalu Allah berfirman: Wahai Muhammad, istana ini kepunyaan Umar Bin al-Khattab.Tiada yang menghalang aku masuk melainkan sifat cemburu kamu wahai Abu Hafsah. Kemudian Umar menangis. Beliau berkata: Adakah patut aku cemburu kepada kamu? Lalu Baginda menghadap kepada Uthman. Baginda bersabda: Wahai Uthman, setiap Nabi ada teman di syurga dan kamu adalah teman aku di syurga. Kemudian Baginda mengambil tangan Ali. Baginda bersabda: Wahai Ali, adalah kamu mahu tempat kamu di syurga berhdapan dengan tempat aku? Kemudian Baginda menghadap Talhah dan al-Zubair. Baginda bersabda: Wahai Talhah dan al-Zubair. Setiap Nabi ada pembantu dan kalian berdua adalah pembantu aku. Kemudian Baginda menghadap kepada Abd al-Rahman Bin Auf. Baginda bersabda: Kamu lambat masuk berbanding aku dan sahabat sehingga aku menyangka kamu akan binasa dan kamu pula berpeluh dengan banyak. Aku bertanya: Apa yang menyebabkan kamu lambat? Kamu berkata: Wahai Rasulullah, kerana banyaknya harta aku. Aku masih berdiri untuk dihisab. Aku ditanya tentang harta aku daripada mana aku memperolehnya dan untuk apa aku membelanjakannya.
[Riwayat al-Bazzar dan Ibn Asakir dalam Tarikh. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs