Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَاتَلَ اللَّهُ الشَّيْطَانَ، إِنَّ الْوَلَدَ فِتْنَةٌ، وَاللَّهِ! مَا عَلِمْتُ أَنِّي نَزَلْتُ عَنِ الْمِنْبَرِ حَتَّى أُوتِيتُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah memerangi syaitan. Sesungguhnya anak itu ialah ujian. Aku tidak tahu bahawa aku telah turun dari mimbar sehinggalah aku didatangi oleh al-Hasan RA.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis no. 4965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمر – رضي الله عنهما – قال: رأيت رسول الله ﷺ على المنبر يخطب الناس، فخرج الحسن بن علي – رضي الله عنهما – في عنقه خرقة يجرّها، فمشى فيها فسقط على وجهه، فنزل رسول الله ﷺ عن المنبر يريده, فلما رآه الناس أخذوه الصبي فأتوه به، فحمله فقال: قاتل الله الشيطان، إن الولد فتنة، والله! ما علمت أني نزلت عن المنبر حتى أوتيت به. [طب، الضعيفة (6266)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Umar RA dia berkata: Aku melihat Rasulullah SAW sedang berkhutbah kepada orang ramai di atas mimbar, lalu al-Hasan bin ‘Ali RA keluar dengan melilit sehelai kain di lehernya. Kemudian dia berjalan, tiba-tiba kain tersebut jatuh ke atas mukanya. Maka Rasulullah SAW turun dari mimbar untuk mendapatkannya. Apabila orang ramai melihatnya lantas mereka mengambil al-Hasan lalu memberikannya kepada baginda SAW. Lalu baginda mendukungnya dan bersabda: Semoga Allah memerangi syaitan. Sesungguhnya anak itu ialah ujian. Aku tidak tahu bahawa aku telah turun dari mimbar sehinggalah aku didatangi oleh al-Hasan RA. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6266].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman