Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ رسولَ اللَّهِ ﷺ يُكَبِّرُ أيَّامَ التَّشريقِ [مِن صلاةِ الظُّهرِ ] يوم النحرِ حتَّى خرجَ من منًى، يُكَبِّرُ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari Tasyriq [dari solat Zohor] pada hari raya sehingga baginda keluar dari Mina. Baginda akan bertakbir setiap kali selepas solat.
Sahabat Perawi
- Syuraih bin Abrahah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 750, hadis no. 3840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة -رضي الله عنه-، قال: «رأيت رسول الله ﷺ يكبر أيام التشريق [من صلاة الظهر] يوم النحر حتى خرج من منى، يكبر في دبر كل صلاة». [طب، طس، «الضعيفة» (5390، 5577)].
(Terlalu Daif) Daripada Syuraih bin Abrahah RA berkata: Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari Tasyriq [dari solat Zohor] pada hari raya sehingga baginda keluar dari Mina. Baginda akan bertakbir setiap kali selepas solat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5390, 5577].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman